Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lewis Hamilton Sertai Ferrari Pada Musim 2025

today1 February 2024

Background
Lewis Hamilton Ferrari


Juara tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton bakal meninggalkan pasukannya, Mercedes pada penghujung musim ini untuk menyertai Ferrari.

Perkembangan itu boleh dikatakan sedikit mengejutkan kerana pelumba kelahiran Stevenage, England itu baharu sahaja menandatangani kontrak lanjutan selama dua musim pada 31 Ogos tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Ini bermakna Hamilton akan meninggalkan pasukan yang diwakilinya sejak 2013 itu setahun lebih awal.

Menurut sumber laporan Sky Sports, beliau akan menyertai Ferrari bagi menghadapi musim 2025 dengan menggantikan pelumba kedua dari Sepanyol, Carlos Sainz.

Sehubungan dengan itu, Hamilton akan bergandingan bersama Charles Leclerc yang sudah menandatangi kontrak baharu sehingga 2029 bersama pasukan berpangkalan di Maranello, Itali tersebut.

Seperti diketahui oleh para peminat sukan permotoran ini, Lewis Hamilton merupakan pemandu paling berjaya dalam sejarah F1 dengan 103 kemenangan dan 104 kali menghuni petak pertama (pole…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

16 pasukan bersaing Kuantan City Challenge

Kuantan: Sebanyak 16 pasukan akan bersaing pada Kejohanan Hoki Kuantan City Challenge Piala YB Setiausaha Kerajaan Pahang bawah 12 dan 17 tahun di Stadium Hoki Wisma Belia, di sini pada hari ini sehingga 5 Februari ini.

today1 February 2024