Site icon Kool FM

LHDN Mahu ‘Influencer’ Tunjuk Contoh Baik Bayar Cukai


Dalam satu temubual di Bernama Radio baru-baru ini, Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Wilayah Putrajaya Rohaizad Abd Fandi berkata influencer masih perlu menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan.

Menurutnya, golongan itu perlu mematuhi undang-undang cukai walaupun mungkin pendapatan mereka tidak dikenakan cukai kerana tidak melebihi nilai ambang, petik Bernama.
“Secara amnya, pendapatan pempengaruh ini adalah termasuk dalam ekonomi digital. Mengikut pasaran, marketing influencer di Malaysia, Mikro Influencer ialah mereka yang mempunyai lebih 10,000 pengikut di laman sosial dan dianggarkan memperolehi purata lima kerja mempromosi barangan dan perkhidmatan dalam sebulan.
“Manakala Makro Influencer pula mempunyai lebih 100,000 pengikut dan menjadikan kerjaya itu sebagai kerjaya sepenuh masa dengan membantu jenama dalam mempromosikan produk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version