Kool FM

Liga Malaysia Ada Kualiti, Saya Mahu Uji Diri Di Sini


Penyerang baharu DPMM FC, Ramadhan Sananta menyifatkan pemain-pemain bintang yang ada di Liga Malaysia menarik minatnya untuk sertai kelab daripada Brunei Darussalam musim ini.

Ramadhan Sananta antara bintang Indonesia memilih untuk hadir ke Liga Malaysia buat kali pertama menyertai kelab DPMM FC selain mengakui teruja untuk memulakan saingan berentap dengan kelab-kelab lain bermula Ogos ini.

Baca Juga:

Bagi penyerang muda berusia 23 tahun ini, dia sedar dengan kualiti yang ada pada barisan pemain kelab-kelab Liga Malaysia seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan lain-lain yang membuatkan Ramadhan tidak sabar untuk menguji kemampuannya bersama pesaing lain.

Ramadhan Sananta

Baginya, nama seperti Arif Aiman Mohd Hanapi antara pemain yang dilihat sebagai ancaman hebat selain pemain sayap JDT, Moussa Sidibe yang pernah menjadi gandingannya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version