Pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos menegaskan saingan Liga Vietnam lebih sukar berbanding Liga Malaysia selepas diperkenalkan sebagai pemain import baharu Ho Chi Minh City musim ini.
Perpindahan pemain berusia 29 tahun itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Alistair Edwards sebagai salah satu usaha untuk memastikan pemain itu mendapat pengalaman berharga yang boleh dibawa ke JDT.
Baca Juga:
Selepas menyertai rakan sepasukan yang lain, Endrick melihat pengembaraan beliau ke Vietnam sebagai satu peluang untuk mencabar diri dan membantu kelab barunya memenangi kejuaraan.
“Saya mengambil kesempatan menonton persembahan pasukan di YouTube. Musim lalu, Ho Chi Minh City bermain dengan baik dan saya berharap tahun ini pasukan akan terus kekal cemerlang untuk meraih lebih banyak kejuaraan.
“Terdapat ramai rakan yang tahu tentang bola sepak Vietnam, jadi saya mengambil kesempatan untuk bertanya dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
