Site icon Kool FM

Lihat Bagaimana Perodua Alza 2022 Diuji Sehingga Layak Terima Penarafan ‘5 Bintang ASEAN NCAP’


Langgan saluran Telegram kami atau muat-turun aplikasi di App Store dan Google Play.

Selain pelancaran rasmi dibuat pada 20 Julai lalu, ASEAN NCAP turut mengumumkan keputusan penilaian yang dibuat terhadap model serba baharu Perodua Alza 2022.

Model MPV itu telah mencatatkan pencapaian luar biasa dalam penilaian di mana ia memperoleh penarafan ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.

Alza baharu merupakan model keempat yang dinilai di bawah protokol 2021-2025 semasa yang terdiri daripada empat kategori penilaian; Perlindungan Penghuni Dewasa (Adult Occupant Protection/AOP) di mana ia mencapai 36.20 mata, Perlindungan Penghuni Kanak-kanak (Children Occupant Protection/COP) dengan 16.88 mata.

Bagi kategori Bantuan Keselamatan (Safety Assist/SA) pula, model Alza telah mendapat 18.57 mata dan 10.00 mata bagi kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (Motorcycle Safety/MS).

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version