Kool FM

Lima Gol Guntur Bantu Gombak TOT United Hampakan Sabah


Pemain import Gombak TOT United, Guntur Sulistyo Ariwibowo beraksi cemerlang untuk membantu pasukannya menewaskan Sabah 7-5 pada aksi kedua Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam sebentar tadi.

Guntur yang merupakan pemain import dari Indonesia itu meledakkan lima gol untuk menghadiahkan kemenangan sulung buat Gombak TOT United.

Tewas pada aksi sulung bertemu JDT pada minggu lalu, Gombak TOT United yang dibimbing Qusmaini Noor Rusli mempamerkan aksi bertenaga sebaik wisel permulaan.

Kredit Foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Namun, deretan peluang dicipta gagal diterjemahkan kepada jaringan yang jelas mengecewakan kem Gombak TOT.

Sebaliknya, Sabah yang turut mendapat beberapa peluang terbaik berjaya membuka tirai jaringan menerusi Kairul Sukri pada minit ke-10.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Gombak TOT United menyamakan kembali kedudukan pada minit ke-13 hasil percubaan susulan dilakukan Habibi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version