Lima orang terbunuh dan sekurang-kurangnya dua yang lain cedera selepas diserang menggunakan busur dan panah dalam serangan di bandar Kongsberg di Norway, menurut polis tempatan kepada CNN. Suspek kini sudah pun ditahan dan dipercayai bertindak seorang diri dalam serangan malam berdarah di Norway.
Menurut Øyvind Aas, ketua polis daerah Drammen, menyatakan bahawa pihak polis tidak menolak kemungkinan serangan itu adalah tindakan pengganas. Bagaimanapun, suspek tersebut belum disoal siasat dan terlalu awal bagi pihak polis untuk menyimpulkan tindakan suspek tersebut.
Dalam kejadian tersebut, polis mula menerima panggilan kecemasan dari pusat Kongsberg pada jam 6:13 petang waktu tempatan, menurut satu kenyataan oleh daerah polis tenggara. Panggilan tersebut melaporkan seseorang telah berjalan dengan “busur dan panah.”
NST
Menurut Aas, salah seorang mangsa yang cedera adalah anggota polis yang tidak bertugas yang berada di sebuah kedai. “Mangsa telah dibawa ke hospital untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: