Site icon Kool FM

Lima Penunggang ‘Superbike’ Kemalangan Di Lebuhraya Karak, Aliran Trafik Perlahan Lebih 8 Kilometer


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, memaklumkan laporan awal yang diterima pihaknya mengatakan kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari yang menyebabkan lorong laju di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah ibu negara, kini perlahan lebih lapan kilometer, lapor Berita Harian.

“Setakat jam 2.30 petang tadi, lorong laju masih ditutup. Trafik kini agak perlahan sepanjang 8.5 kilometer dari KM35 (Genting Sempah-Gombak) hingga ke lokasi kemalangan.

“Justeru kita minta semua pengguna lebuh raya supaya bersabar dan berhati-hati ketika memandu selain mematuhi arahan petugas di tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa namun kelima-lima penunggang motosikal terbabit dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Dalam pada itu, salah seorang pengguna lebuh raya tersebut ada berkongsi rakaman video dashcam sekumpulan penunggang superbike memecut memotong…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version