
KUALA LUMPUR – Usahawan yang berhasrat mengembangkan perniagaan ke luar negara perlu memberi keutamaan kepada perlindungan jenama dan cap dagangan bagi mengelakkan kerugian besar akibat pertikaian hak harta intelek.
Langkah itu penting kerana kebanyakan negara mengamalkan sistem first-to-file yang memberikan hak eksklusif kepada pihak pertama yang mendaftarkan sesuatu cap dagangan.
Pengasas dan Pengarah Urusan JCIP International, Joyi Cheah berkata, masih ramai usahawan hanya menyedari kepentingan perlindungan cap dagangan selepas berdepan pelbagai masalah.
Menurut beliau, antara isu yang sering berlaku ialah jenama didaftarkan pihak lain di luar negara, menerima tuntutan pelanggaran hak atau berdepan kesukaran ketika mahu mengembangkan perniagaan dan mendapatkan pelaburan.
“Kami sentiasa mengingatkan para pengasas bahawa melindungi cap dagangan bukan sekadar mendapatkan sijil pendaftaran. Ia adalah tentang melindungi masa depan sesebuah perniagaan. Jenama yang kukuh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: