PETALING JAYA – Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang sedang dinilai semula dan bakal dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi adalah bertepatan dengan masanya bagi menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku yang berlaku di organisasi awam dan institusi swasta.
Pengasas dan Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah (ACFE) cawangan Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, satu kerangka kerja yang kukuh diperlukan bagi melindungi pemberi maklumat yang membantu menghapuskan perdagangan haram sehingga memberi kesan negatif kepada hasil tahunan kerajaan.
“Peranan pemberi maklumat amat diperlukan, terutamanya di dalam agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membanteras rasuah, yang menjadi faktor utama kepada melaratnya perdagangan haram seperti rokok seludup yang mengakibatkan negara kehilangan RM5 bilion dari segi hasil cukai yang tidak dikutip dalam setahun,’’ katanya dalam kenyataan.

Akhbar juga adalah Pemegang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
