Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Gary Lineker telah mengiktiraf Lionel Messi sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman atau GOAT (Greatest Of All Time) berbanding Cristiano Ronldo selepas persembahan hebat penyerang itu dalam kemenangan 3-0 Argentina menentang Croatia.
Argentina menempah tempat mereka ke final Piala Dunia Ahad ini dengan kemenangan selesa menentang pasukan dari Eropah itu.
Messi menginspirasikan kemenangan itu, menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi gol ketika dia berusaha untuk mencapai matlamat penting kariernya pada hujung minggu ini.
Perlawanan akhir Ahad kemungkinan akan menjadi penampilan terakhir Messi di Piala Dunia dan, setelah menamatkan saingan sebagai naib juara pada 2014, ia adalah peluang terakhirnya untuk memenangi pertandingan itu.
Jika Messi menjulang Piala Dunia pada hujung minggu ini dia akan sebaris dengan legenda seperti Diego Maradona dan Pele yang memiliki kejuaraan dunia di dalam kabinet…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
