Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi menegaskan masih belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal buat kancah bola sepak profesional.
Bakal menjengah usia 37 tahun pada 24 Jun nanti, Messi seperti sedia maklum telah menikmati karier yang cukup gemilang di peringkat domestik dan antarabangsa.

Baca Juga:
Kesemua piala utama pernah dijulang olehnya seperti Piala Dunia, Piala Dunia Remaja, Copa America, Liga Juara-Juara Eropah, La Liga, Ligue 1 dan banyak lagi.
Meskipun masih belum menetapkan tarikh persaraannya, Messi yang merupakan pemenang Ballon d’Or sebanyak lapan kali tanpa berselindung mengakui Inter Miami bakal menjadi kelab terakhir diwakilinya.
“Saya tidak bersedia untuk meninggalkan bola sepak, saya telah melakukan perkara ini sepanjang hidup saya, saya menikmati latihan dan permainan.”
“Rasa ketakutan bahawa semua ini akan berakhir pastinya sentiasa ada. Saya rasa Inter Miami akan menjadi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
