Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Lionel Messi Terus Cemerlang Bersama Inter Miami

today27 July 2023

Background
Messi Inter Miami


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Lionel Messi terus memainkan peranan penting buat Inter Miami untuk menggapai kemenangan selepas menyumbangkan dua gol ketika bertemu Atlanta United.

Artikel Berkaitan:

Hanya memerlukan 22 minit untuk menjaringkan dua jaringan tersebut, ia sudah cukup untuk membantu Inter Miami menewaskan lawan tersebut dengan keputusan 4-0 dalam saingan Piala Liga.

Perlawanan di DRV PNK Stadium itu juga menyaksikan Messi kembali bergandingan bersama Sergio Busquets di kesebelasan utama.

Kombinasi mantap dua pemain tersebut masih dapat disaksikan selepas Busquets melakukan hantaran jauh yang cukup baik kepada Messi pada minit kelapan.

Hantaran kemas tersebut juga membolehkan bintang Argentina itu melakukan gerakan solo untuk menewaskan Brad Guzan di gawangnya.

Memasuki minit ke-22, Messi yang tidak dikawal pertahanan Atlanta United mudah menolak masuk bola hasil hantaran ‘cutback’ Robert Taylor untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Luar Negara

Suhu tinggi diramal di seluruh Jepun

Tokyo: Suhu tinggi diramal di seluruh Jepun pada Khamis, dengan amaran strok haba dikeluarkan untuk kesemua atau sebahagian daripada 35 wilayah, daripada keseluruhan 47 wilayah, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), lapor Xinhua. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today27 July 2023