Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi berkeras mahu kembali ke kelab lamanya, Kedah Darul Aman (KDA FC) bagi membantu pasukan tersebut.
Skuad kendalian Nafuzi Zain itu dibelasah pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) 6-0 sekaligus menarik perhatian Liridon yang sempat meninggalkan beberapa pesanan di ruang komen laman instagram rasmi KDA FC.
Baca Juga:
“Saya mahu membantu.
“Saya sudah kata, telefon sahaja.
“Mari bersama jadikannya sebagai satu kenyataan,” tulisnya di ruang komen.

Sebelum ini, Liridon atau dikenali sebagai Mat Don mendedahkan pernah berhubung dengan Nafuzi mengenai minatnya menyertai Kedah.
Beliau berpeluang kembali ke pasukan itu apabila jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka pada 26 Ogos ini.
“Sebelum saingan musim ini bermula, saya ada berkomunikasi dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain. Saya beritahu jurulatih yang saya berminat untuk beraksi di bawah bimbingannya. Dia juga memberitahu bahawa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: