Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Litar Sepang Ditutup Sementara Mulai 7 September

today26 August 2026

Background
Litar Sepang Ditutup Sementara Mulai 7 September


Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menyatakan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan ditutup sepenuhnya mulai 7 September ini.

Penutupan itu bagi membolehkan kerja baik pulih dan penambahbaikan dilaksanakan sebagai persiapan menghadapi penganjuran Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix, petik Harian Metro.

Kerja-kerja baik pulih itu membabitkan trek, tempat duduk penonton, tandas dan semua elemen berkaitan yang lain.

“Kerja baik pulih bukan sahaja trek, tetapi kerusi, tandas dan semua elemen supaya imej negara kita ini dapat diangkat di peringkat dunia.

“Sekarang ini gerak kerja sedang berlangsung dan pada 7 September 2026, SIC akan ditutup sepenuhnya. Orang luar tidak boleh menyewa kerana akan ada kerja-kerja baik pulih dalam SIC,” katanya.

Tambah beliau, tiga jawatankuasa sudah diwujudkan — jawatankuasa induk, jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa kecil — merangkumi lapan hingga sembilan cabang bagi memastikan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post