
Formula 1 dan Fédération Internationale de l’Automobile (FIA) mengesahkan bahawa Malaysia akan menganjurkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober 2026, di antara Grand Prix Azerbaijan dan Singapura.
Acara ini, yang tertakluk kepada perjanjiian akhir dan kelulusan rasmi termasuk persetujuan Majlis Sukan Bermotor Dunia (WMSC), akan dinamakan sebagai Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia.
Memetik kenyataan rasmi, persetujuan yang dicapai antara Formula 1, FIA, Kerajaan Bahrain, dan Kerajaan Malaysia ini membolehkan Formula 1 mengekalkan satu Grand Prix yang sepatutnya tidak dapat dijalankan.
Baki jadual untuk tahun 2026 kekal tidak berubah.
“Ini merupakan berita gembira buat para peminat Formula 1 di seluruh dunia. Sepang merupakan salah satu litar paling ikonik dan mencabar dalam Formula 1, terkenal dengan kehangatan peminatnya, perlumbaan yang mendebarkan, serta cuaca yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: