KUALA LUMPUR – Little Caliphs International Sdn. Bhd. (Little Caliphs) meraikan pencapaiannya selama 20 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang cemerlang dengan pengisian ilmu agama secara menyeluruh membolehkan ia kini memiliki jenama yang kukuh bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga di luar negara.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Roslan Nordin berkata, sepanjang tempoh tersebut, syarikat telah memiliki sebanyak 500 cawangan di seluruh negara yang mana 47 premis prasekolah dimiliki oleh ibu pejabat, manakala bakinya dioperasikan oleh usahawan lain di bawah konsep francais.
Menurut beliau, syarikat juga memiliki empat cawangan di Jakarta dan juga di Medan, Indonesia.
Lebih menarik, empayar perniagaan tersebut telah memberi pendidikan awal kepada lebih 40,000 kanak-kanak dan jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat manfaat ilmu pendidikan daripada Little Caliphs sejak 20 tahun lalu adalah kira-kira 250,000 kanak-kanak.

Dalam masa yang sama,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: