SERDANG – Little Caliphs International Sdn. Bhd. (Little Caliphs) bercadang untuk membuka antara 30 hingga 50 cawangan tadika setiap tahun dalam usaha meluaskan pasarannya di seluruh negara termasuk di pasaran antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Roslan Nordin berkata, ia juga adalah untuk memenuhi permintaan ibu bapa dan waris yang terus meningkat setiap tahun ekoran keutamaan mereka mahukan anak-anak mendapatkan pendidikan awal yang berkualiti tinggi secara menyeluruh daripada aspek akademik dan pendidikan islam serta membina kerohanian untuk menjadi individu yang soleh beriman.
Menurut beliau, pengalaman syarikat dalam pendidikan awal kanak-kanak dengan rekod yang cemerlang itu juga telah membolehkan Little Caliphs berjaya menembusi pasaran di negara jiran khususnya di Indonesia.
“Kami kini memiliki tiga buah cawangan tadika di Indonesia dan bakal membuka sebuah cawangan sulung di Thailand pada suku keempat tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: