Site icon Kool FM

‘Live’ Terputus Tiba-Tiba, Influencer Paranormal Hilang 2 Hari Ditemui Lemah Dalam Tandas

'Live' Terputus Tiba-Tiba, Influencer Paranormal Hilang 2 Hari Ditemui Lemah Dalam Tandas melaka


Seorang pempengaruh media sosial yang terkenal dengan kandungan berunsur paranormal akhirnya ditemui dalam keadaan lemah di sebuah tandas awam berdekatan kawasan Skytrex Adventure Melaka, Taman Botanikal, di sini, petang tadi selepas dilaporkan hilang sejak dua hari lalu.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun itu ditemui oleh orang awam pada jam 3.03 petang, petik Harian Metro.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kes kehilangan mangsa pada jam 12.18 tengah hari.

“Susulan laporan tersebut, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh bersama kekuatan tujuh anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian dalam tempoh kurang satu minit kemudian.

“Anggota bomba yang terlibat telah melancarkan operasi pencarian di kawasan sebuah resort serta sekitar kawasan Taman Botanikal….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version