Liverpool kini 2 kemenangan sahaja lagi daripada kejuaraan EPL musim ini, musim 2024/25.
Arsenal keciciran mata di Emirates semalam bermakna The Reds berpeluang menjarakkan diri 13 mata daripada Arsenal jika menang di Anfield.
Dan skuad Arne Slot berjaya melakukannya. Gol daripada Luis Diaz meletakkan Liverpool di hadapan pada separuh masa pertama.
Mo Salah turut mencipta rekod luar biasa menerusi assist untuk gol ini. Di mana dia sudah terlibat dalam 45 sumbangan kepada gol dalam 38 perlawanan EPL terakhirnya.
Mo breaks the record for the most goal contributions in a 38-game @premierleague season 👑 pic.twitter.com/Iy2DzKQbxp
— Liverpool FC (@LFC) April 13, 2025
Namun The Reds menempah bahaya apabila aksi kurang kemas mereka bermula babak kedua membuatkan mereka bergelut berdepan West Ham.
Pemain gantian Andy Robertson menjaringkan gol sendiri pada babak lewat perlawanan minit ke-86. Robertson yang cuba menghadang hantaran lintang rendah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: