Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Liza Hanim Terkilan, Kejuaraan Marsya Qistina Diperlekeh

today22 April 2026

Background
Liza Hanim Terkilan Kejayaan Anak Jadi Juara Sekali Lagi Diperlekeh – ‘Jangan Tanya Siapa, Saya Masih Hormat Kepada Senior Itu’


Penyanyi, Liza Hanim tampil bersuara apabila kejayaan anaknya yang juga penyanyi baharu, Marsya Qistina menjuarai program Talk To My Manager (TTMM) musim pertama sekali lagi menjadi bahan perdebatan segelintir pihak.

Artikel Berkaitan: Liza Hanim Tak Rindu Berlakon – ‘Macam Klise, Mesti Watak Jadi Mak Orang Atau Datin’

Diperlekeh

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Liza, 46, meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan yang didakwa dibuat oleh seorang individu menerusi siaran langsung di media sosial.

Ada yang sedang buat live sedang cakap begini “yang juara pun ada yang tak ke mana, biar saya juara di hati kalian sahaja”.

Tidak mengapa, saya bersangka baik sahaja. Sebab ini lah saya tak gemar nak rapat. Di luar senyum, dalam hati terkeluar juga di live kebenarannya.

Dalam satu lagi hantaran, pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu meminta orang ramai agar tidak bertanyakan siapakah individu yang dimaksudkan kerana masih menghormatinya sebagai senior industri.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shah Zulk


Previous post