Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Logo baharu MBSB lebih inovatif, dinamik

today4 January 2024

Background


PETALING JAYA – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mengumumkan penggunaan logo baharunya berkuat kuasa hari ini.

Logo baharu MBSB me­rangkumi abjad ‘M’ mewakili perkataan ‘Malaysia’, yang juga perkataan pertama pada nama syarikat, diikuti dengan sing­katan MBSB.

Geometri bentuk logo yang melambangkan DNA orga­nisasi kini yang lebih tajam dan ­moden menandakan komitmen Kumpulan terhadap pertumbuhan, niat strategik, inovasi dan perubahan dalam pasaran yang dinamik.

Menurutnya dalam satu kenyataan, MBSB telah berada di barisan hadapan dalam industri perkhidmatan kewangan dan pembangunan ekonomi negara selama lebih daripada 70 tahun.

“Logo baharu menggantikan logo sebelumnya yang menggambarkan sebuah rumah, mencerminkan peranan MBSB sebagai salah satu institusi kewangan pertama di rantau ini untuk menawarkan pinjaman perumahan kepada masyarakat,” ujarnya.

MBSB memiliki sepenuh­nya MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), sebuah bank perdagangan Islam dan baru-baru ini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post