Site icon Kool FM

Loji NBL KRC sedia 1,600 pekerjaan


PUTRAJAYA –Projek loji getah nitril butadiena (NBL) di Bandar Getah Kedah (KRC), Padang Te­rap yang bakal beroperasi pada 2023 bakal menyediakan lebih 1,600 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, projek yangh dibangunkan oleh Hong Seng Industries Sdn. Bhd. (HS Industries) itu membabitkan kos sekitar RM3 bilion.

Menurutnya, projek tersebut mampu menarik pelaburan tambahan sebanyak RM5 bilion khususnya melalui industri soko­ngan dan rantaian nilai industri berkaitan.

“KRC yang juga taman perindustrian getah nasional diwujudkan bagi mempercepatkan pembangunan industri getah negara.

“Ia sekali gus menjadi hab pengeluaran getah bernilai tinggi di Asean.

“Pembangunan ini bukan sahaja memberi wajah baharu kepada landskap perindustrian sedia ada di Kedah, malah akan menjana peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi kepada rakyat negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version