Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sekutu rapat Presiden Rusia Vladimir Putin berkata dalam salah satu temubual di TV bahawa London bakal menjadi tempat pertama yang bakal dibedil dengan peluru berpandu Rusia sekiranya perang dunia ketiga meletus. Andrey Gurulyov, seorang ahli parlimen yang menganggotai jawatankuasa pertahanan Moscow, menggambarkan pencerobohan berskala penuh terhadap negara anggota NATO akan berlansung.
Memetik The Independent, Gurulyov, bekas komander tentera dan ahli parti pro-Putin United Russia turut berkata, “Kami akan memusnahkan seluruh kumpulan satelit angkasa lepas musuh semasa operasi udara pertama. Tiada siapa yang akan peduli sama ada mereka orang Amerika atau British; kita akan melihat mereka semua sebagai NATO.
“Kedua, kami akan menyerang sistem pertahanan antipeluru berpandu, di mana-mana dan 100 peratus. Ketiga, kita tidak akan memulakan perang dari Warsaw, Paris atau Berlin. Yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: