PETALING JAYA – Pelaburan langsung asing (FDI) negara melonjak sebanyak 223.1 peratus pada separuh tahun pertama 2021 berbanding tempoh sama tahun lalu, mencerminkan keyakinan pelabur asing kepada ekosistem perniagaan dan iklim ekonomi negara yang stabil serta kondusif.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, FDI memacu prestasi kukuh sektor pembuatan dengan merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM58.2 bilion, manakala sumber domestik menyumbang RM8.7 bilion.
Pelaburan domestik pula mendahului dalam sektor perkhidmatan dan primer dengan jumlah RM45 bilion, mewakili 41.9 peratus daripada keseluruhan pelaburan diluluskan.
“Dari segi jumlah keseluruhan pelaburan diluluskan, Malaysia merekodkan FDI dan pelaburan langsung domestik (DDI) berjumlah RM107.5 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan primer, pertumbuhan 69.8 peratus berbanding tahun lalu.
“Pelaburan melibatkan 2,110 projek itu dijangka mencipta 44,994…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: