Site icon Kool FM

Lori Didakwa Alami Masalah Brek Cetus Kemalangan Dan Kesesakan Di Tambak Johor




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Tular ketika ini beberapa rakaman video sebuah lori dari Malaysia didakwa alami masalah brek telah mengakibat kemalangan dan kesesakan di Tambak Johor menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands hari ini, 7 Julai, pada awal pagi tadi.

Dalam video berdurasi hampir 40 saat itu kelihatan sebuah lori merempuh beberapa buah kenderaan di hadapannya sejauh beberapa meter dirakam oleh salah seorang pengguna laluan terbabit.

Menurut laporan awal portal Mothership.sg, Facebook Immigration and Checkpoints Authority (ICA) melaporkan dua daripada tiga lorong tersekat pada jam 10.25 pagi tadi.

Kira-kira 50 minit kemudian, ICA mengemaskini hanya satu lorong sahaja tersekat semasa kerja-kerja menyelamat dilakukan. Ketiga-tiga lorong hanya boleh digunakan semula pada pukul 12.02 tengah hari tadi.

Pihak ICA juga meminta agar para pengguna menyemak laman web One Motoring LTA terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version