PETALING JAYA – SS Rich Empire Enterprise, pengeluar produk berjenama Lovaa Cosmetics mengunjurkan jualan lebih daripada 150,000 unit sebulan pada tahun ini ekoran keyakinan pelanggan terhadap produknya semakin bertambah.
Pengasas syarikat, Suzieyana Hijau berkata, produk celak mata atau 2StepEyeliner yang mula dipasarkan pada bulan Mac tahun lalu dan memiliki fungsi dwicara telah mendapat perhatian pelanggan sehingga mencatat jualan kira-kira 300,000 unit.
“Pengenalan produk melalui konsep berinovasi pelik dan kreatif yang menjadi taruhan kami telah berjaya mendapat tempat di pasaran.
“Bersandarkan pencapaian tersebut, kami telah memperkenalkan produk kedua iaitu kit pembentuk alis mata diberi nama Eyebrow Kit #SakaKeningLovaa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pengenalan produk di pasaran di sini baru-baru ini.
Turut hadir rakan niaganya, Muhammad Syarizal Mohd. Deno.

Suzieyana menjelaskan, dalam tempoh sebulan produk kedua itu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
