Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Luar Biasa! Anak Ikan Jerung Mirip Wajah Manusia Ditemui

today25 February 2021

Background

Penemuan anak ikan jerung luar biasa ini ditemui oleh seorang nelayan dari Indonesia. Nelayan, Abdullah Nuren berusia 48 tahun itu terkejut apabila dia melihat seekor anak ikan jerung memiliki wajah yang seakan seperti muka manusia selepas membelah perut seekor jerung betina.

Menurut laporan, Abdullah tidak sengaja menangkap ikan jerung dewasa itu yang tersangkut dalam jaringnya di perairan berhampiran Rote Ndao di wilayah Nusa Tenggara Timur. Selepas membelah perut haiwan itu untuk mengeluarkan usus ikan tersebut namun sebaliknya dia menemui tiga ekor anak ikan jerung yang mana rupa salah seekornya mirip wajah manusia dengan mempunyai dua mata bulat yang besar.

Abdullah kemudiannya membawa anak ikan jerung berwajah pelik itu balik ke rumahnya untuk ditunjukkan kepada ahli keluarganya. Difahamkan, ahli keluarganya itu telah membantu Abdullah untuk mengawetkan haiwan tersebut supaya dapat disimpan dalam jangka masa yang lama sebagai satu kenangan.

Abdullah juga turut menceritakan bahawa ada beberapa penduduk tempatan mahu membeli anak ikan jerung aneh itu namun dia enggan menjual kepada mereka kerana dia beranggapan anak ikan jerung itu mungkin akan memberi tuah kepadanya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

5 Acara Sukan Aneh Mungkin Anda Tidak Pernah Tahu

Kejadian Aneh ‘Angelo 727’ Yang Hilang Dalam Sekelip Mata

 

Sumber: Daily Mail

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

Ibu Tunggal Ini Bersyukur Ditemukan Jodoh Dengan Lelaki Lebih Muda 9 Tahun. Alhamdullilah!

Lain orang lain jalan cerita cinta mereka. Ada yang bercinta bertahun-tahun tetapi jodoh tidak panjang, putus di tengah jalan. Ada pula yang bertemu jodoh dengan isteri atau suami yang lebih muda hanya dengan perkenalan dalam tempoh singkat. Sesungguhnya jodoh adalah rahsia Allah SWT dan siapa kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan.Baru-baru ini, tular satu video di laman aplikasi TikTok mengenai seorang ibu tunggal yang menceritakan kisah rumah tangganya yang baru saja... […]

today25 February 2021