Menerusi perkongsian di Facebook Dr MAZA Channel, kelihatan beliau berkongsi sedang berada di sebuah majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Perlis.
Difahamkan, majlis ini diadakan bagi memberikan peluang kepada masyarakat bukan Islam untuk melihat sendiri suasana umat Islam beribadat serta berbuka puasa bersama.
Bukan itu sahaja, majlis dialog tersebut turut memberi peluang kepada mereka yang bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih dekat. Ia sekali gus dapat menjelaskan pertanyaan yang timbul dan toleransi antara agama.
“Alhamdulillah, penyertaan sangat baik. Seperti biasa banyak soalan yang mereka ingin tanya. Saya beritahu mereka, tanyalah sekalipun hal yang sensitif. Saya akan cuba jawab.
“Hasrat saya jika Allah makbulkan, setiap yang bukan muslim di Perlis pernah mendengar penerangan saya tentang Islam. Sama ada mereka setuju atau tidak, tidak menjadi masalah. Apa yang penting, mereka sudi dengar penerangan saya yang datang jantung yang tulus mengenai apa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: