Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lubuk Emas Bernilai Lebih RM371 Bilion Berjaya Ditemui

today22 November 2024

Background


Deposit emas dengan anggaran rizab lebih 1,000 tan bernilai lebih $83 bilion (~RM371 bilion) ditemui di selatan China, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Menurut Biro Geologi Hunan, ahli-ahli geologi mencungkil lebih 40 serpihan emas pada kedalaman 2,000 meter di bawah permukaan lombong emas Wangu di daerah Pingjiang.

Pada kedalaman 3,000 meter, lokasi itu dianggarkan mempunyai simpanan lebih 1,000 tan emas katanya lagi.

“Banyak teras batu yang digerudi menunjukkan terdapat emas,” kata pakar mencari bijih biro berkenaan, Chen Rulin.

Dia berkata, satu tan bijih dalam jarak 2,000 meter mengandungi sehingga 138 gram emas.

Difahamkan para ahli geologi di sana telah menggunakan teknologi pencarian bijih moden termasuk pemodelan geologi 3D dalam mengesan lubuk emas berkenaan.

Penemuan terbaharu itu berlaku ketika harga emas meningkat kepada paras tertinggi di tengah-tengah ketidaktentuan global, sedangkan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) pula…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Pekerja murung, insomnia akhirnya hidap Parkinson

Beijing: Seorang lelaki di China menghidap penyakit Parkinson selepas mengalami kemurungan dan insomnia selama beberapa dekad berikutan dimarahi secara salah oleh bosnya, menurut doktor yang merawat lelaki itu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 November 2024