Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Luciano Guaycochea Kecewa Dengan Pengurusan Perak FC, Tuntut Bayaran Tunggakan Gaji

today27 April 2025

Background
Luciano Guaycochea


Dalam satu kenyataan yang penuh emosi di laman Instagram peribadinya, kapten Perak FC, Luciano Guaycochea meluahkan rasa kecewanya terhadap pengurusan kelab.

Ia berikutan kegagalan pengurusan tertinggi Perak FC bagi memenuhi tanggungjawab mereka terhadap pemain, khususnya dalam menyelesaikan tunggakan gaji.

Baca Juga:

Seperti dilaporkan sebelum ini, pengurusan Perak hanya mahu menjelaskan 20 peratus sahaja daripada tunggakan keseluruhan kepada setiap pemain dan barisan kejurulatihan dengan alasan tidak mempunyai bajet untuk menyelesaikan secara keseluruhan hutang tersebut.

Kaedah itu nyata ditentang hebat para pemain kerana sudah pastinya mereka mahu keseluruhan hak mereka setelah segala yang telah dicurahkan sepanjang musim ini.

Luciano Guaycochea
Kredit Foto: Perak Football Club

Luciano Guaycochea Luah Kekecewaan

“Sebagai kapten Perak FC, saya ingin menyatakan rasa kecewa saya dengan pengurusan atas cara mereka melayan rakan sepasukan saya dan diri saya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post