Perak terus menambah kekuatan bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/25 apabila baharu sahaja mengumumkan kehadiran pemain dari Brazil, Luiz Henrique Motta.
Perkembangan terkini mengenai kedatangan pemain pertahanan tengah itu disahkan laman sosial Perak FC menerusi satu video pengenalan yang dimuat naik.
Baca Juga:
Menurut sumber Transfermarkt, Luiz memulakan karier di Brazil pada 2018 dan kemudiannya berkelana ke Malta untuk beraksi bersama dua kelab Liga Divisyen Satu di sana iaitu Kerchem Ajax dan Ghajnsielem.
Meskipun beraksi sebagai pertahanan tengah, Luiz dilihat mempunyai rekod yang baik dalam menjaringkan gol selepas beliau menghasilkan lima gol pada sembilan penampilan pada musim 2023/24.
Malah, beliau juga mampu memainkan peranan penting dalam membantu jentera tengah dan serangan menerusi larian-larian pantas ke kawasan lawan.
Difahamkan pada Januari 2024, beliau kembali semula ke Brazil untuk bersama pasukan Paulista Serie A2, Comercial Futebol…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: