
Penyerang Belgium, Romelu Lukaku tanpa berselindung mendedahkan alasannya memberikan laluan buat Youri Tielemans untuk mengambil sepakan penalti pada aksi bertemu Senegal pagi tadi.
Selepas ketinggalan dua gol, Belgium bangkit dengan penuh bergaya terutamanya pada lewat permainan babak kedua dan akhirnya Tielemans menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-120+5 untuk membawa The Red Devils ke pusingan 16.
Kemenangan yang menyaksikan skuad kendalian Rudi Garcia itu menempah pertemuan menentang tuan rumah bersama, Amerika Syarikat.
Di sebalik kejayaan tersebut, Lukaku yang masuk pada minit ke-46 dan kemudiannya menghidupkan kembali peluang Belgium dengan jaringan minit ke-86 telah mengambil satu langkah penting buat pasukannya.
Lukaku Enggan Ambil Sepakan Penalti
Sebagai seorang ‘pelaksana wajib’ setiap kali sepakan penalti diberikan kepada Belgium, Lukaku bertindak sebaliknya dengan memberikan peluang kepada Tielemans walaupun pada mulanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: