Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 25 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, E. Elavarasan untuk menyertai kem latihan pusat bermula 19 April bagi menghadapi acara bola sepak lelaki Sukan SEA Cambodia 2023 pada bulan depan.
Artikel Berkaitan:
Daripada senarai itu, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yang sebelum ini terlepas bersama pasukan B-22 kini kembali bersama skuad kendalian Elavarasan yang dilihat mengekalkan majoriti pemain-pemain yang beraksi di Piala Merlion Cup 2023 bulan lalu.
Lebih mengejutkan, tiada kelibat penyerang muda negara yang kini berkelana di Iceland iaitu Luqman Hakim Shamsudin walaupun khidmatnya ditagih oleh Elavarasan.

Bagi panggilan kem latihan pusat kali ini, ia terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 yang mana kesemua pemain dikehendaki melaporkan diri pada Rabu ini, 19 April untuk tiga hari latihan sehingga Jumaat, 21 April…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
