KUALA LUMPUR – Potensi industri minuman di negara ini memberi rezeki kepada ramai usahawan tempatan sehinggakan ada yang mampu membangunkan kilang sendiri dan ada juga yang berjaya mengeksport produk ke pasaran luar negara.
Permintaan tinggi daripada peminat minuman trend masa kini itu juga membuatkan ramai usahawan kecil menceburkan diri mengikut cara dan kreativiti masing-masing.
Lantas limpahan rezeki itu dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi semasa.
Ini tidak terkecuali bagi salah sebuah syarikat bumiputera yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu Luxxure Legacy yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan yang memfokuskan kepada pengeluaran produk kopi dan jenis minuman lain yang telah berada di pasaran sejak tahun 2020.
Eksekutif Kanannya, Norrul Alimi Norrul Zaman berkata, syarikat bermula daripada peringkat asas lagi dengan menyewa lot niaga untuk menjalankan perniagaan menghasilkan minuman kopi pracampur.
Menurut beliau, dana dalam bentuk geran yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
