Site icon Kool FM

M K Land lepaskan 44,000 ekor benih ikan lampan di Tasik Bukit Merah


PETALING JAYA – M K Land Holdings Berhad (M K Land) melalui cabang pelancongan lestarinya, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), meneruskan komitmennya terhadap pemeliharaan alam sekitar dengan melaksanakan program pelepasan 44,000 ekor benih anak ikan Lampam Sungai di Tasik Bukit Merah baru-baru ini.

Inisiatif yang dilaksanakan bersama Jabatan Perikanan Negeri Perak itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan M K Land dalam melestarikan alam  sekitar, memulihara sumber dan biodiversiti perikanan darat, melalui aktiviti pengkayaan sumber serta habitat di kawasan tasik.

Pengurus Bukit Merah Laketown Resort, M. Danesh berkata, program pelepasan benih anak ikan Lampam Sungai ini bukan sahaja mencerminkan tanggungjawab sosial korporat syarikat terhadap alam sekitar, tetapi juga simbol kepada hubungan harmoni antara manusia dan alam. 

Menurut beliau, Tasik Bukit Merah adalah khazanah bersejarah yang perlu dijaga bersama agar terus memberi manfaat kepada komuniti setempat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version