
PETALING JAYA – Kapal persiaran pertama China, M/V Piano Land yang memulakan pelayarannya mulai awal bulan ini bakal merebut peluang sektor pelancongan muslim yang bernilai tinggi bukan sahaja di pasaran Malaysia, ASEAN malah di peringkat global.
Pengarah Urusan Hwajing Travel & Tours, Cheong Ken Lee berkata, kelebihan kapal persiaran yang berusia hampir 30 tahun itu memiliki kelebihannya tersendiri kerana tiada kemudahan kasino sepertimana yang terdapat di kapal persiaran berjenama popular dalam industri ini.
Lebih menarik, dapur bagi salah sebuah restoran yang terdapat di dalam kapal berkenaan, iaitu Restoran Lido telah mendapat sijil sertu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi meningkatkan keyakinan pelanggan khususnya daripada komuniti Islam untuk belayar serta menikmati makanan di atas kapal tanpa sebarang rasa was-was.

Menurut beliau, ini adalah langkah awal syarikat untuk mendapatkan sijil halal daripada Jakim untuk dapur yang menawarkan makanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: