
KUALA LUMPUR – Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya mengumpul dana sebanyak RM700,000 untuk membantu kelangsungan rawatan pesakit dialisis dan jantung di seluruh negara.
Kutipan dana menerusi majlis gala amal berrtemakan A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save a Life itu akan digunakan bagi menyokong pelbagai inisiatif perkhidmatan kesihatan amal yayasan.
Ia termasuk rawatan dialisis bersubsidi, program bantuan pesakit, penggantian mesin dialisis, perkhidmatan diagnostik jantung berpatutan serta program pemeriksaan penyakit buah pinggang kronik (CKD).
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal Maaedicare, Anne Rajasaikaran berkata, ketika ini yayasan tersebut membantu hampir 770 pesakit dialisis aktif menerusi 11 pusat dialisis amal merentasi sembilan negeri dan turut mengendalikan Pusat Diagnostik Jantung dan tiga klinik amal percuma.
“Setiap sumbangan yang diterima memberi impak langsung kepada kehidupan pesakit dan keluarga mereka, khususnya mereka yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: