Menerusi perkongsian video daripada @hakim_hazly, kelihatan lelaki itu sedang memberikan roti kepada beberapa ekor monyet liar.
Namun semasa dia cuba memberikan sekeping roti kepada salah seekor monyet, roti itu terjatuh gara-gara monyet tersebut tidak dapat mencapainya.
Apa yang lebih menghiburkan adalah monyet itu dilihat seolah-olah merajuk apabila roti diberikan kepadanya semula. Malah, dia menggoncangkan pokok kerana tidak berpuas hati.
Perkara itu membuatkan lelaki berkenaan berdekah dan cuba memberikan roti itu kepada monyet tersebut tetapi dia tidak dilayan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
