Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Macam Dalam CD’ – Pelancong China Terpukau Dengar Nyanyian ‘Live’ Ernie Zakri

today31 August 2024

Background


Ernie Zakri merupakan salah seorang penyanyi tanah air yang cukup berbakat dan berkaliber. Beliau turut memenangi pelbagai anugerah dan pertandingan berpresti di Malaysia.

Kehebatan beliau memang tidak dapat disangkal lagi di dalam dunia nyanyian dan kini terbukti apabila pelancong luar turut mula mencari-cari perihal penyanyi profesional ini selepas menonton satu persembahan bersempena ambang kemerdekaan di KLCC yang diadakan baru—baru ini.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna X bernama @sze_ann di mana sebuah video yang dimuat naik telah memperlihatkan sebahagian pelancong dari China yang sangat teruja sehinggakan terkelu lidahnya apabila mendengar nyanyian secara live oleh Erni Zakri.

Mereka seakan terpukau melihat persembahan tersebut dek kerana suara yang tersangat lunak serta nyanyian pada high pitch yang sempurna…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post