Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Macam Dalam MRT’ – Suara ‘Voice Over’ Wanita Ini Berjaya Raih Perhatian Netizen

today2 August 2022

Background


Langgan saluran Telegram kami atau muat-turun aplikasi di App Store dan Google Play.

Sekiranya anda berada di lapangan terbang, hospital atau tren MRT, pastinya anda pernah mendengar suara wanita yang membuat pengumuman. Suaranya yang jelas dan lunak secara tidak langsung memudahkan orang ramai memahaminya dengan mudah.

Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok @nani.roc, beliau telah berkongsi bakat yang dimilikinya dengan membuat voice over secara santai dan juga komersial yang secara tidak langsung berjaya menarik perhatian netizen.

Semuanya bermula apabila beliau telah mendapat permintaan daripada seorang netizen bernama Aidiel yang komen untuk membuat bunyi penggera untuknya. Selain itu, beliau juga turut mempamerkan bakatnya dalam membuat voice over bagi pengumuman hospital.

@nani.roc

Bila potential client minta kita sample VO, kita wajib bagi sekurang-kurangnya 3 demo suara dan intonasi berbeza okay? So mana satu yang sesuai? 😝 #voiceover #freelancer

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post