Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol dalam satu kenyataan, hari ini, mengesahkan kejadian itu yang berlaku jam 8.30 pagi itu.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, lori dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun hilang kawalan secara tiba-tiba kerana pemandunya dipercayai tertidur lalu terbabas.
“Selang beberapa minit kemudian, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah yang sama gagal mengelak dan terlanggar lori berkenaan (tiada dalam rakaman).
“Bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Ramsay lagi, ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu positif methamphetamine.
“Suspek dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah.
Beliau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: