Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Madad ceburi bisnes pembuatan, jualan jam dinding Islamik

today24 January 2025

Background


SUNGAI PETANI – Madad International Sdn. Bhd. (Madad) melancarkan jam dinding Islamik melalui kerjasamanya dengan Promas Sdn. Bhd., sebuah syarikat berpengalaman lebih 19 tahun dalam membekalkan jam azan kepada masjid dan surau di seluruh negara.

Melalui penceburan syarikat dalam portfolio perniagaan baharu itu, Madad telah membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk pusat pengeluaran jam dinding tersebut termasuk pembelian mesin dan peralatan lain untuk melancarkan pengoperasian bisnesnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yaakub Yusra berkata, buat permulaan syarikat telah memasarkan 1,000 jam dinding yang dilengkapi dengan waktu solat dan azan serta beberapa ciri-ciri unik yang lain di pasaran.

“Sebahagian besar daripada jam tersebut telah ditempah dan kami kini dalam proses untuk menyiapkan 5,000 lagi jam dinding secara berperingkat untuk memenuhi keperluan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran jam dinding berkenaan di sini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post