Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MadBean perkukuh jenama, kuasai platform online, perluas pasaran ke seberang laut

today6 September 2021

Background


CYBERJAYA – Zaman kanak-kanak adalah momen indah yang dialami oleh setiap orang dan antara kenangan manis yang pasti dilalui setiap individu adalah ‘mencuri’ makan serbuk Milo di dapur.

Serbuk yang manis, sedap dan berlemak itu memang ­mengasyikkan bila dimakan begitu sahaja sehingga membuatkan mulut jadi comot dan pasti­nya jika berjaya ditangkap ibu di dapur pasti akan membangkitkan kemarahan beliau.

Kenangan manis tersebut telah memberi suntikan kepada usahawan muda masa kini untuk mengkomersialkan serbuk Milo itu kepada cabang perniagaan lain yang berpotensi dan berdaya saing.

Pengarah Urusan MadBean Holdings (MadBean), Taufik Khairuddin berkata, daripada testimoni pelanggan, salah satu produk keluarannya yang berkonsepkan serbuk Milo dan dimakan begitu sahaja di bawah segmen Mellow iaitu Mellow Crunch dan Mellow Cookies telah berjaya membawa semula kenangan lama mereka.

“Kini, pelanggan membelinya untuk dinikmati bersama anak-anak tetapi produk itu diha­dirkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post