KUALA LUMPUR – Bagi mana-mana usahawan tidak kira perusahaan sederhana, mikro atau yang sudah kukuh empayarnya pasti mahu melihat rekod kewangan yang stabil setiap tahun bagi membolehkan ia terus berkembang fasa demi fasa.
Selain menikmati kepuasan nilai angka yang baik dalam rekod kunci kira-kira mereka, ada perkara yang lebih mengujakan kumpulan usahawan ini, apabila mereka terlibat dalam program amal dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) tidak kira dalam skala yang kecil atau besar.
Bagi sebuah syarikat, Madoo Bee yang terlibat dalam beberapa segmen perniagaan berpotensi begitu bersemangat untuk tampil bersama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan HMS Maju Group untuk menjayakan Kelate Charity Festival 2025 (KC Fest 2025) yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan bermula 17 hingga 20 September ini.
Persiapan rapi sedang dijalankan bagi memastikan segala aktiviti yang dijadualkan berlangsung bersempena cuti sekolah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: