PETALING JAYA – Agrobank dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengedarkan 100 kotak bantuan makanan kepada penduduk di beberapa lokasi sekitar Daerah Jasin yang terjejas pandemik COVID-19 menerusi program MAFI Prihatin.
Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, pihaknya prihatin
akan kesukaran dengan situasi semasa yang sedang dihadapi komuniti setempat yang terjejas dan memerlukan bantuan serta sokongan dari segi keperluan asas makanan akibat kesempitan yang dialami sepanjang tempoh pandemik ini.
“Sumbangan melalui program MAFI Prihatin ini melibatkan penyerahan kotak makanan kepada penerima kumpulan sasar yang telah dikenalpasti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),” katanya dalam satu kenyataan.
Penyerahan kotak bantuan makanan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad B. Hamzah.
Selain itu, Khadijah menerangkan, sehingga kini,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: