Kool FM

MAG Bakal Pamer Inovasi Terkini Di MATTA Fair 2024, Tawarkan Diskaun Sehingga 30%


Malaysia Aviation Group (MAG) telah dilantik sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi dan penaja utama untuk pameran pelancongan antarabangsa terbesar Malaysia, MATTA Fair 2024.

Untuk makluman, acara mega ini bakal berlangsung dari 6 hingga 8 September 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC)

Sumber Gambar: MAG

Acara tahunan ini dianjurkan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan menjadi tumpuan utama bagi penggemar pelancongan di seluruh negara.

MAG sedia menawarkan pelbagai promosi perjalanan dan tawaran eksklusif yang merangkumi rangkaian syarikat penerbangannya seperti Malaysia Airlines, Firefly, MASwings, serta produk gaya hidup daripada Journify dan Enrich.

Syarikat dalam satu kenyataan berkongsi yang pengunjung  boleh menikmati diskaun sehingga 30% ke atas tambang penerbangan Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan Malaysia Airlines, serta ke semua destinasi yang ditawarkan oleh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version