Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MAG tambah 12 buah pesawat baharu termasuk A330neo tahun ini

today30 January 2024

Background


PETALING JAYA – Malaysia Aviation Group (MAG) bakal memperkenalkan 12 pesawat baharu tahun ini, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertama Kumpulan yang dijadualkan tiba pada suku tahun ketiga 2024.

MAG dijadualkan menerima empat pesawat jenis baharu itu tahun ini, bersama lapan pesawat Boeing 737-8 untuk menyokong keperluan pertumbuhan rangkaiannya.

Pada Ogos 2022, MAG menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Airbus, Rolls-Royce dan Avolon untuk pemerolehan 20 pesawat A330­neo yang dijadualkan dihantar sehingga 2028.

A330neo bakal menyediakan kecekapan operasi yang lebih baik kepada armada MAG, sambil membolehkannya menangani sasaran alam sekitar dengan pengurangan penggunaan bahan api dan pelepasan sehingga 25 peratus.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Izham Ismail berkata, pihaknya teruja untuk memperkenalkan pesawat A330neo pertama Kumpulan tahun ini, yang akan menggantikan armada A330ceo secara beransur-ansur untuk operasi di seluruh Asia, Oceania dan Asia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post