
PETALING JAYA – Nestle melalui jenamanya Maggi telah melatih dan menyokong lebih daripada 4,000 wanita daripada pelbagai latar belakang untuk memulakan langkah pertama dalam dunia keusahawanan menerusi pelbagai program sejak tahun 2021.
Program Maggi Wanita Cukup Berani (WCB) antaranya telah menyokong ekosistem keusahawanan wanita dengan meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang perniagaan melalui modul yang tersedia dan bimbingan mentor berpengalaman.
Salah seorang peserta yang memenangi tempat kedua pertandingan Maggi WCB 2023, Ida Faizura Megat Muhaiyadin antara yang mendapat manfaat daripada program tersebut dan berjaya mengembangkan perniagaan sehingga kini.
Menurut bekas peguam itu, program berkenaan merangkumi modul pembelajaran untuk pemerkasaan diri melalui latihan kemahiran sama ada bagi individu dan juga perniagaan.
“Salah satu modulnya adalah Food Know Hows iaitu asas kepada segalanya untuk belajar tentang nutrisi, mengimbangi perasa, teknik di dapur…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: