PETALING JAYA – Bubur lambuk cukup sinonim dengan menu popular dalam bulan Ramadan dan setiap negeri ada kisahnya tersendiri termasuklah bagi Kampung Pulau Timbul, Jitra, Kedah yang memiliki keistimewaannya kerana ia memiliki seorang tukang masak komuniti yang cukup mahir memasak masakan tersebut yang turut dikenali sebagai kanji tumis.
Che Ahmad Abdul Hamid, 65, berpengalaman memasak bubur lambuk sejak 20 tahun lalu untuk kampung berkenaan malah telah memasak dan mengamalkan resipi turun temurun keluarganya yang kini sudah berusia hampir 70 tahun.
Tahun ini, program memasak bubur lambuk di kampung tersebut lebih meriah selepas Nestle melalui jenama Maggi bekerjasama dalam menjayakan projek memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada komuniti dan juga kumpulan yang memerlukan.

“Setiap tahun dalam bulan puasa, kami menyediakan bubur ini selama 28 hari, bermula daripada hari kedua puasa dan kebiasaannya, kami memasak sekitar 300 mangkuk sahaja tetapi tahun ini dengan sokongan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
